Skip to main content

Pendidikan Anak2 Islam (jilid 2) - Siri 2

Salam...

Okey, kita teruskan sambungan daripada yg lepas...


2. Adab Melihat

Antara perkara yang perlu diasuh kepada anak sejak mereka masih tamyiz ialah adab-adab melihat, apa yang boleh dilihat dan yang tidak boleh dilihat. Adab – adab yang perlu diajar ialah :

(A)Adab melihat kepada mahram.
  • Mahram ialah mereka yang diharamkan untuk kita berkahwin dengan mereka.
  • Contoh mahram ialah ibu,saudara,ibu saudara,anak saudara,ibu susuan,isteri ayah,isteri anak, anak perempuan isteri (termasuk anak tiri) dan sebagainya.
  • Mahram lelaki boleh melihat kepada mahram-mahramnya akan perkara-perkara berikut:

  1. Apa yang zahir dari tubuhnya seperti tengkuk,kepala,dua tapak tangan, dua tumit dan sebagainya.
  2. Tetapi tidak boleh melihat tempat yang biasa tertutup seperti dada, belakang dan seumpamanya.

  • Juga haram bagi seorang mahram lelaki, terutama yang sudah baligh melihat mahramnya yang berpakaian mendedahkan aurat seperti baju yang nipis dan ketat kerana ia boleh mengundang nafsu.
  • Keadaan ini juga sama bagi mahram perempuan terhadap mahram lelakinya, yakni dari pusat hingga lutut adalah haram baginya untuk melihat jika boleh membangkitkan nafsu.

(B) Adab melihat kepada tunangan.

  • Dibenarkan dalam Islam untuk peminang dan yang dipinang untuk melihat satu sama lain bagi mengelakkan masalah atau salah faham kelak.
  • Antara adab-adab tersebut :
  1. Tidak harus melihat, kecuali muka dan kedua belah tapak tangan sahaja.
  2. Harus melihat berulang kali, sekiranya perlu supaya gambaran tunangnya itu dapat diingatinya.
  3. Harus berbicara dengannya, yakni boleh dilakukan dalam majlis perkenalan atau peminangan.
  4. Tidak harus berjabat tangan sebelum nikah, walau sudah bertunang.
  5. Tidak harus bertemu, melainkan terdapat seorang mahram gadis tersebut.
  • Bercampur gaul terlalu bebas semasa bertunang mungkin boleh menyebabkan masalah kelak, kerana pada tempoh itu, masing-masing ingin menunjukkan sifat yang baik kononnya tetapi semua itu mungkin hanya lakonan semata-mata.

(C) Adab melihat kepada isteri.
  • Harus melihat seluruh tubuh sama ada dengan syahwat atau tidak.
  • Namun terdapat satu riwayat melalui Aisyah r.a., dikatakan afdal jika kedua-dua suami-isteri tidak melihat aurat satu sama lain.

(D) Adab melihat perempuan asing.

  • Lelaki asing yang baligh, tidak boleh melihat seorang wanita asing walau tanpa syahwat.
  • Wanita asing bermaksud, wanita yang dihalalkan kita berkahwin dengannya, yakni selain mahram kita. Begitu juga takrifnya terhadap lelaki asing.
  • Termasuk juga lelaki asing ialah anak remaja belasan tahun, mumaiyiz dan sudah dapat membezakan wajah yang cantik dan buruk.
  • Pandangan boleh menaikkan nafsu syahwat tidak kira sama ada terhadap lelaki mahupun wanita kerana ia sudah menjadi seakan fitrah bagi lelaki dan wanita.

(E) Adab wanita melihat wanita.

  • Tidak harus bagi wanita melihat wanita yang lain pada bahagian antara pusat dan lutut sama ada sesama Muslimah atau wanita kafir.
  • Ini kerana pandangan seperti ini boleh membangkitkan nafsu wanita, dan untuk melepaskan berahi maka boleh berlaku hubungan sesama mereka (lesbian).
  • Juga tidak digalakkan wanita ke tempat yang membolehkannya berasa cemburu melihat wanita lain seperti di tempat permandian awam.
  • Haram untuk menunjuk aurat kepada wanita kafir (kerana buruk pekertinya). Wanita kafir itu mungkin menceritakan akan keadaan si Muslimah terhadap lelaki lain lantaran keburukan budi pekertinya itu.

(F) Adab lelaki melihat lelaki

  • Tidak diharuskan sesama lelaki melihat antara pusat dan lutut lelaki lain, sama ada Muslim mahupun kafir.
  • Sama sebabnya seperti perempuan, ia boleh membangkitkan nafsu, dan perhubungan jenis (liwat) boleh terjadi.

(G) Adab melihat kepada Amrad.

  • Amrad ialah anak muda dalam lingkungan umur 10-15 tahun yang belum tumbuh janggutnya.
  • Harus hukumnya jika dalam keadaan darurat, berjual beli, mengubat,mengajar dan hal seumpamanya.
  • Jika melihat kerana keseronokan mata, menjadi haram kerana boleh menaikkan syahwat.

(H) Adab wanita melihat orang asing.

  • Harus bagi Muslimah melihat kepada orang lelaki yang berlalu lintas di tengah jalan, ataupun menunjukkan permainan yang tidak haram.
  • Larangan bagi lelaki melihat wanita asing adalah lain berbanding hala dengan wanita melihat lelaki asing. Ini kerana wanita lebih bersifat pemalu berbanding lelaki yang lebih berani.
  • Lelaki mungkin bertindak sesuka hati setelah melihat sesuatu, tetapi wanita yang sifatnya lebih malu, tidak mudah untuk memutuskan tindakannya.
  • Juga harus bagi wanita jika penglihatan itu tidak membimbangkan atau menimbulkan fitnah.
  • Tidak boleh tenung-menenung di dalam suatu majlis yang berhadapan muka dan mata.

(I) Keadaan-keadaan darurat yang diharuskan melihat.

  • Melihat dengan niat hendak meminang
  • Melihat dengan niat hendak mengajar
  1. Ilmu yang hendak disampaikan/dituntut mengikut batas-batas syarak.
  2. Guru mesti tidak dibimbangi fitnah.
  3. Pembelajaran mesti tidak berlaku sendirian antara guru dengan pelajar wanita.
  4. Pada ketika itu tiada guru-guru wanita yang boleh mengambil tempat guru-guru lelaki.
  • Melihat dengan niat hendak mengubati.
  1. Harus kepada doktor melihat kepada wanita asing itu di tempat yang ingin dirawatinya.
  2. Hendaklah tidak membuka pakaian wanita itu, melainkan setakat yang perlu sahaja.
  3. Hendaklah pada ketika itu tiada doktor wanita yang setanding dengan dia yang boleh membuat rawatan yang sama.
  4. Hendaklah pesakit, sebolehnya ditemani seorang mahramnya termasuk tetangganya.
  5. Hendaklah doktor yang merawat merupakan Islam dan tidak kafir selagi masih ada doktor Islam.
  • Melihat dengan niat perbicaraan atau penyaksian.
  1. Harus bagi seorang hakim dan saksi melihat wanita asing pada wajah dan kedua belakang tangannya sahaja.
  2. Ini penting kerana hakim dan saksi akan memutuskan hak dan menolak kezaliman.


(bersambung)

Haaa.. susah jugak adab melihat dlm Islam ni ya.. bukan apa, semua nak jaga drpd sesuatu yg buruk yg berlaku.. tp x dpt dinafikan, sstgh adab yg diceritakan tu sukar untuk kita ikuti 100% dlm zaman skarang ni.. apa yg kita buleh lakukan, adalah cuba minimize benda2 tu.. dan Insya Allah, buleh ajar kepada generasi muda mcm budak2 skolah rendah supaya generasi depa nanti buleh ikut 100% semua adab2 ni..

x buleh buat semua, jgn tinggai semua.. x buleh tahan pandangan, jgn plak pi pegang2... fikir2kan la..

Wallahualam, mudah2an Allah memberi keampunan dan rahmat kpd kita semua..

Sekian..

Wassalam...

PS: Ada mata pon bukan senang nak melihat... tp kita selalu senang2 saja lihat.. isk isk.. Ya Allah, ampunkan dosa2 kami..

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan