Saturday, December 30, 2006

Raya Qurban 1427 & Tahun Baru 2007

Salam...

Hehe.. esok, yakni pada 31 Disember 2006, maka kita seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan Aidil Adha... Aidil Adha akan lebih bermakna bagi mereka yg ketika ini sedang menunaikan Haji di Makkah dan berstatus tetamu Allah.. Mudah2an, mereka yg menunaikan haji pada tahun ini, akan mendapat haji yg mabrur, haji yg diterima dan diredhai Allah.. Juga diucapkan, jika selamat perginya, maka selamat juga pulang ke tanah air nanti..

Dalam sejarah umat Islam, ibadah haji bukanlah sesuatu yg baru. Malah, puak2 arab sebelum kedatangan Islam pon mengerjakan haji, tetapi ibadat mereka itu telah ditambah dgn perbuatan syirik yakni meletakkan patung2 disekeliling Kaabah dan menyembahnya dgn harapan patung2 itu memberi bantuan kepada mereka. Jika dilihat kembali, sejarah haji adalah signifikan kepada peristiwa2 yg dilalui oleh Nabi Ibrahim A.S, bapa kepada kaum Arab dan Yahudi.

Sbg contoh, Kaabah yg ditawaf para penunai haji adalah perintah Allah kepada Nabi Ibrahim supaya mendirikannya. Diriwayatkan juga (kalo x silap.. kalo silap, mintak tlg betulkan), Nabi Ibrahim setelah dibinanya Kaabah, beliau telah mengelilingi Kaabah dan seperti mana apa yg dilakukan oleh jemaah haji pada ketika ini, itulah yg diambil dr Nabi Ibrahim. Peristiwa Hajar mencari2 air dgn berlari2 kecil antara Safa dan Marwah, juga diabadikan didalam ibadah haji dgn perbuatan sa'ie. Begitu juga dgn korban binatang ternakan, juga untuk mengingatkan kita mengenai peristiwa Nabi Ibrahim A.S yg mahu menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S atas perintah Allah. Juga, ibadah melontar adalah suatu simbol dan pengulangan apa yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim (atau Nabi Ismail atau kedua2 mereka, x ingat dah, tlg betulkan) yg melontar batu ke arah syaitan yg cuba menimbulkan kesangsian terhadap Nabi Ibrahim supaya tidak menyembelih anaknya, Nabi Ismail, seterusnya tidak menunaikan perintah Allah.

Perbuatan wukuf di pdg Arafah juga merupakan suatu pengingatan kita terhadap 2 insan ciptaan Allah, yg diturunkan dari syurga, tercampak ke bumi nan asing dan terpisah antara kedua kekasih itu. Ya, merekalah Nabi Adam A.S dan Hawa, ayah dan bonda kita bg seluruh umat manusia. Mereka, akibat terpedaya oleh Syaitan telah melanggar suruhan Allah, lalu dihumbankan ke bumi sbg balasan, dan dipisahkan antara keduanya. Namun, telah ditakdirkan akan bertemu jua mereka di satu tempat bernama Arafah, dan inilah apa yg jemaah haji kita ingati semasa wukuf di Arafah. Spt mana Adam dan Hawa bertemu antara satu sama lain, begitulah jua para jemaah Haji dari seluruh ceruk dan rantau, bertemu di suatu tempat yg sama bernama Arafah. Di padang Arafah, semua lelaki dan wanita adalah sama antara satu sama lain.. yg lelaki berihram putih, begitu juga wanita. Tiada lg perbezaan, harta, pangkat dan kedudukan. Semuanya sama disisi Allah, berdoa untuk dibersihkan dosa, spt mana putihnya buku spt mana buku amalan bayi yg baru lahir.

Setiap amalan yg dijalankan dlm kerja haji memerluan pengorbanan. Bukan hanya korban binatang ternakan, malah pengorbanan dr setiap aspek. Sebagai contoh, anak2 tercinta yg ditinggalkan oleh ibu bapa mereka kerana pergi menunaikan haji, membelanjakan harta sbg tambang/modal untuk perjalanan menunaikan haji, mengorbankan masa sebulan atau lebih dgn meninggalkan kerja dunia, dan pergi untuk menjadi tetamu Allah. Inilah contoh2 pengorbanan yg dilakukan para jemaah haji.. banyak lagi jika mashu kita senaraikan, namun umumnya, inilah yg dinamakan pengorbanan demi Allah.. Sanggup belanja apa segala kerana Allah.. dgn itu sesuai sekali dgn panggilan Aidil Adha sbg Hari Raya Qurban, selain panggilan Hari Raya Haji..

Huhuhu.. hari ini juga, hari plg bermakna buat aku.. stiap tahun, hari ke-30 bulan Disember, adalah hari ulangtahun kelahiran aku.. yg mana thn ini dah masuk thn ke-21. Hehehe.. Alhamdulillah, ini aje ape yg aku dpt katekan.. still hidup, sihat wal-afiat lg setakat ni.. hurmm kalo thn lepas, ade gak sambutan secara x sengaja (kalo ingat balik post aku thn lepas pasal kuar malam, then naik kete terbabas smp pusing 720 darjah.. huhuhu..), tahun ni x ada apa2.. sbb aku pon baru ja balik ke kampung, nak raya haji la katakan.. hehe.. seingat aku, x penah la ada sambutan besday aku nih.. kalo ada pon skali la.. masa umoq 3 ka 4 thn tah.. haha.. masa tu byk gila dpt hadiah, dpt brg mainan arr plg byk.. best.. sepupu aku smua ada time tu.. sama2 raikan.. mmg syok zaman budak2...

Aku tringat lak kat tok aku.. tok Nu ngan tok Minah.. sejak aku lahir, aku x dak datuk (tok wan) dah, baik belah mak atau belah bapak.. ada tok pompuan ja.. tok Nu (belah mak) ngan tok Minah(belah bapak).. syg nya aku kat tok2 aku.. depa pon syg kat aku.. masa kecik2 kalo aku kena marah ngan mak aku, depa la dok defend.. punya la syg cucu.. aku pon nak naik lemak sket laa.. tp mak aku pon ajaq jugak, toksah dok kacau tok sgt.. aku tringat, kalo kecik2 mak aku marah, mesti aku lari dptkan tok aku.. pastu bila mak aku mai cari aku, tok aku pon defend la.. hehe.. syg kat tok aku.. syg sgt2.. Al-Fatihah kpd mereka (4-4 org skali).....

Hari ini kita hidup, tah satni ka, esok ka lusa ka, mggu depan ka thn depan ka, kita akan menemui ajal. Ajal itu pasti. Setiap yg bernafas itu pasti akan mati (kullu nafsin zaa iqatul maut). Cuma apa yg bezakan, saat dan ketika kita menemui ajal. Oleh itu, aku berpesan kpd diri aku dan sapa2 saja yg baca, marilah kita sama2 muhasabah diri, di hari yg baik, bulan yg baik bersempena tahun baru 2007 pulak tu supaya dpt kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan, mengakui segala kesilapan dan memohon ampun kepada Allah, mudah2an dimatikan kita dlm Islam dan Iman, serta dijauhkan dari seksa api neraka. Ya Allah, ampunilah kami sekeliannya, kurniakanlah kami kebaikan dan kesejahteraan dlm menmpuhi tahun baru ini.. Amin..

Ok, ni aje Selamat Hari Raya Aidil Adha, Selamat Tahun Baru, Selamat Bercuti.. hehe..

Err ni ade sket gambaq time kecik2.. hehehe.. :P (klik untuk gambaq full)

Ni gambaq first aku kot.. umoq brp hari tah.. seminggu ada kot.. hehe...
Gambaq masa umuq brp hari tah (hai, asl pls.. @me 7d/m/Png.. wakaka...)


Tok, aku, ina, abg lan..
Hehe.. ni gambaq aku dlm dakapan Tok aku (tok Nu) ngan spupu aku.. Abg Lan ngan Ina.. Ina ni sama umoq.. tp sbb aku lahir bln 12, masa kecik2 aku pggl kak ina.. wakakaka... (tahniah ina, nak kawen dah 6hb Januari ni.. huhuhu~...)


Besday aku masa umoq 3 thn kot..
Besday party aku yg pertama dan terakhir, umoq 3 thn.. ada sama spupu2 aku.. (kak shima, kak ati, abg sham, kak shi'ar,kak eda, abg apis, abg wadi, kak shinar, abg lan, ina..). Tgk helmet ataih tikaq tu.. 2 bijik tu dok ada lagi smp la ni kat umah aku.. wakaka.. dah seasoned beb helmet tu, pak & mak aku still dok pakai.. hehehe..

Wassalam..

P/S : *Dean CoIT, Dr Sharif mengerjakan Haji thn ni.. sama2 doakan kesejahteraan beliau, moga mendapat haji yg mabrur...
*Lalala.. besday.. yeay2.. suka nya hatiku~ owh owh... :)


Tuesday, December 26, 2006

26 Disember

Salam...

Al Fatihah...

Marilah sama2 kita mendoakan mangsa korban tsunami yg berlaku 2 thn lepas samada di Acheh, Pulau Pinang, Sri Lanka, mahupun di mana2 tempat yg terjadinya kejadian itu.. Mudah2an roh mereka sekalian dicucuri rahmat.. Amin..

Menelusuri genapnya 2 thn kejadian tsunami di rantau ini, kita sepatutnya berasa sedih dan insaf apabila rakan2 dan saudara2 kita terkorban dek sekali pukulan ombak besar yg dtg dari lautan. Masya Allah, betapa Maha Besar dan Maha Kuat nya Qudrat dan Iradah Allah SWT.. jika Allah mahu sesuatu itu terjadi, maka terjadilah ia.. "Kun fa yaa kuun". Inilah yg seharusnya kita sedar dan insaf, betapa Allag itu Maha Berkuasa dan kita sebagai manusia tidak mampu menghalang apa jua yg Allah turunkan, kerana kemampuan kita sebagai makhluk amat terbatas..

Tarikh 26 Disember rupa2nya mempunyai byk kejadian disebaliknya.. pernahkah kalian membaca artikel di bawah ini? mari kita lihat sekali lagi sebagai peringatan...

Dalam sejarah, tarikh 26 Disember rupa-rupanya adalah tarikh 'maut'.

  • Pada 26 Disember 1932 gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa.
  • Pada 26 Disember 1939 gempabumi 7.9 Richter berlaku di Wilyah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa.
  • Pada 26 Disember 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa.
  • Pada 26 Disember 2004 gempabumi berlaku di Sumatera membunuh 35,000 nyawa dan jumlahnya terus meningkat..
  • Jangan kita lupakan ribut Greg di Keningau, Sabah jugaberlaku pada awal pagi 26 Disember 1996 yang meragut beratus nyawa.

Adakah semuanya ini 'coincidental'? Bukankah pada malam sebelumnya iaitu 25 Disember di banyak tempat di dunia ini, ramai manusia yang lupa daratan, mabuk dan berpoya-poya? Pada pagi 26 Disember 2004,di persisiran pantai timur selatan India diberitakan ada temasya memuja laut ketika tsunami melanda..

Kita tidak mampu mencari jawapan atas apa yang berlaku tetapi sekadar menginsafinya sebagai peringatan Kita sering mendengar dalam pengajian al-Quran dan hadis bahawa Allah Azza Wa Jalla telah menghukum umat-umat dahulu yang engkar dengan siksaan yang dahsyat kebanyakannya dalam bentuk natural disaster yang ada sekarang. Cuma kita tak terbayang bagaimana teruknya azab yang mereka terima. Walaupun kita sering melihat dokumentari dan berita mengenai gempa bumi, tsunami, ribut, twister dan sebagainya, kita tak berapa terasa kesannya. Tetapi, apabila jadi di negara sendiri, Masyaallah. Na'uzubillah, janganlah Allah turunkan lagi siksaan begini

Sahabatku sekalian, kebenaran akan fakta di atas bolehlah kita cari untuk mengetahui samada benar atau hanya omong kosong semata.. Namun, kita tidak boleh menolak tepi soal balasan Allah kepada kita semua. Mungkin Allah hendak menguji kesabaran umat Islam pada 2 thn lepas, dan mungkin juga itu adalah bala bg mennyedarkan kita semua... Sesungguhnya tiada apa yg mustahil bagi Allah.. kitalah yg harus sedar dan mengkaji dimana kesilapan kita sebagai umat dan kembali ke jalan yg benar...

Sehingga ke saat ini, Alhamdulillah, tiada kedengaran lagi peristiwa dahsyat yg berlaku thn ini pada 26 Disember.. namun kita jangan lupa akan kejadian banjir yg melanda Johor ketika ini. Terdapat lebih 60,000 mangsa yg masih tinggal di pusat bencana alam sementara kerana rumah mereka ditenggelami air.. Masya Allah, hujan yg turun di Johor pada ketika ini amat lebat.. Mengikut sumber, hujan yg turun dlm sehari adalah sama banyak utk hujan yg turun seminggu.. cuba bayangkan.. tidak hairanlah hingga rumah ditenggelami air hingga nampak atap dan bumbung sahaja.. Rumah2 tiada bekalan air, tiada letrik akibat terputusnya mekanisma penghantaran dek kegagalan untuk berfungsi dgn baik...

Adakah ini jua balasan dari Allah S.W.T ? Bila manusia tidak menghiraukan lagi akan alam semulajadi ciptaan Tuhan, inilah balasan.. Bila manusia melakukan maksiat secara melampau dan berlebihan, Allah akan turunkan bala.. Kejadian di Johor ini mahu kita kategorikan dalam yg mana satu? Bala kah atau sekadar ujian Allah terhadap hamba2Nya supaya bersikap sabar?

Wallahualam bis-sawab.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

"Ya Allah, lindungi kami dari segala kebencanaan dan bahana kemaksiatan.. tunjukilah kami jalan yg lurus.. hindarilah kami dari kesesatan, ampunkanlah dosa2 kami, ibu bapa kami, pemimpin2 kami dan anak2 kami serta Muslimin Muslimat seluruhnya... Sesungguhnya ya Allah, kami berlindung kepadamu daripada Syaitan dan musuh2 agama-Mu.. Amin Ya Rabbal 'Alamin.. "

Wassalam..

p/s : Robbana aatina fid-dunya hasanah, wa fil aakhiroti hasanah, wa qina 'azabannaar..

Tuesday, December 19, 2006

Semester Baru & Terakhir..

Salam...

Heheeee... dah start dah sem baru... sem baru yg maybe sem akhir aku di uniten nih.. hahaha.. kelas dah start dah seminggu yg lepas.. so la ni tgh dok panas2kan enjin nak stadi laa.. bak kata org, nak kena cari momentum stadi+rajin+usaha.. mggu lepas still lg mood cuti dll... so mggu lepas mmg slow sket la.. ngan mcm2 masalah len yg mendatang.. isk.. masalah ni asyik jd pendatang je.. bila nak jadi pemergi? hehehe...

Ok, aku start ngan citer penginapan.. basically, aku still duduk bilik dan umah yg sama.. dah jatuh hati ngan bilik aku neh.. dan aku dpt 3 org housemate baru.. sme dah final sem.. just like me.. hahaha.. rumah org2 tua la leh katakan.. dan depa semua org engine, aku je bdk IT.. len plak sem lepas, dimana 2 bdk IT dan sorg bdk engine je dlm umah tu.. hehe.. derang sme baik2 blaka stakat ni... no prob.. dan umah aku agak meriah sbb ade je member2 derang dtg berkunjung.. Alhamdulillah, ade gak derang bwk tv ngan peti ais, so sama cam sem lepas jep bwk.. leh la aku menumpang skaki.. hehehe.. hidup tumpang!

Aku amik 3 subjek sem ni, dan aku meneruskan final year projek aku yg masuk fasa 2 sem ni.. huuuu... subjek yg aku amik ialah advanced database, IS Auditing dan Strategic Planning for IS.. tough gak subjek2 ni.. byk membaca dan perlukan pemahaman yg lebih.. dan sem ni plak, aku kena realisasikan projek 1 yg berperanan sbg planning ntuk projek 2 nih.. hehe.. mmg agak susah dan tough la sem ni... like always, aku hanya bermohon dan berserah kpd Allah S.W.T supaya diberi hidayah dan petunjuk serta aku sentiasa bertawakkal kepada-Nya...

So, x ade ape lg yg aku buat sem ni.. i mean, the activities.. sbbnyer? fulus x masuk lagi maa.. dgr citer masuk 27 hb ni... tp Wallahualam la... sbb aku nyer slip exam pon x hantar lg kat YTN.. dan ayahnda aku pon baru je kirim slip tu guna pos.. so, aku rase maybe aku akan dpt lmbt lg kot.. nak buek camno, sabo je la.. nak kene catuan makanan hari2.. tp bagus gak catuan camni.. kurang2 leh ringankan sket spare tyre aku nih.. huhu~ bila lagi kan.. time2 ni la nak amik peluang.. sesuai dgn tempat, keadaan dan masa... hehehe...

Forum pon dah on, server IRC sme dah on... so ok la sme.. tp sem ni byk member2 dah x de.. ade yg dah abes, ade yg dok luar, ade yg pindah U lain.. mcm2 la dok ada... nak buat camna, ni la lumrah.. adakala kita bertemu ngan member2, kita happy dan adakala terpaksa berjauhan dan ni akan buat kita rasa sedih... then kdg2 kita suka kerja kita menjadi dan kdg2 naik angin @ bebai bila gheja x jadi2... ni la org kata warna2 kehidupan... baru la idup ada byk warna.. kalo kita pandang warna yg sama ja tiap masa, x ke boring nnt... hehe.. so kita kena accept la this all thing, but sometimes, it is really hard to accept sesuatu yg mcm ni... tabah je la...

Planning for this sem.. ermm... nak habeskan projek dgn jayanya.. then nak kasi naik CGPA.. after that nak bagi grad kalo buleh thn 2007 tu jugak.. x larat dah nak extend lagi... lagi satu planning ialah ngan budak2 forum.. nnt bile dah masuk loan ape sme, derang cadang nak wat la rombongan gi mlake.. makan ikan bakor.. hehe.. cam best plak dengaq.. aku pon x penah lagi smp melaka... alang2 ni kan, aku ingat nak join.. tp bergantung pada keadaan la jugak... there are other things that need to be consider.. soal budget, pembahagian masa dan lain2.. kalo jadi, it will be a 2 days 1 night nyer trip.. gi Jumaat petang, balik Sabtu ptg gak.. perjalanan plak x amik masa lama.. dlm 2 jam aje dah bleh sampai.. hehe.. mmg best kalo jadi pegi nanti...

Well, smp sini je.. ade kelas kang kul 4.. nak gi siap2..

Wassalam...

P/S: Hehehe... sok meeting ICIAS..abeh la.. ketaq smacam... lol...owh.. lg satu HB2U.. :P

Friday, December 08, 2006

Ikhlas Tapi Jauh~

Salam...

Hehe.. hari ni aku dah berkesempatan layan citer "Cinta".. wakaka.. kat mana aku layan, dpt mana, kualiti cemana, pukul baper, itu x penting.. yg penting aku dah dpt tgk dah citer ni.. keputusan aku : BEST ~! .. x rugi korang tgk.. ni aku nak review sket dr ape yg aku tgk tadi.. maybe ade unsur2 spoiler, sape yg x nak kene spoiler, baik bace tutup2 mata sket.. hehe..

Ok, citer start ngan plot cikgu elyas dan rubiah.. hehe.. bg org lama start dulu plak.. cikgu elyas ni ade prob alzhemeir (tatau eja btoi ka tak) yakni dia ni, short term memory dia x tahan lama.. paham2 sajala kan... so rubiah ni plak kesian kat cikgu elyas ni.. tp ada la sblm tu mula2 bertemu, cikgu elyas ni tolong rubiah ni.. masa ni, rubiah x tau lagi yg cikgu ni ada penyakit.. lama2 baru tau.. hehee... best gak plot org2 tua ni.. nak tau? kena tonton...

Pehtu masuk la plot2 lain.. masuk plot nanu baharudin ngan adik dia.. adik dia ni pelukis jalanan.. so paham2 la.. keja, makan minum x menentu.. yg si nanu plak, asyik bekawan ngan laki org.. tp seringkali kecewa, lebih kurang camtu.. so ada konflik la sket bila nanu yg geram tu, mcm marah adik dia ntuk lepaskan geram.. dalam x sedaq, adik dia tu ada penyakit.. penyakit apa? kesudahannya? kena tonton laa... hehe..

Ok, next biaq aku cita pasai azlan ngan azura.. haa.. yg ni kisah cinta yg cam standard sket.. satu aritu, azlan ni sorg pemilik sykt penerbitan yg bwk keluaq satu majalah ni.. yg azura ni plak gheja kat MPH.. so satu hari, azlan ni pi la MPH... bwk ayaq masuk, pastu azura ni sound la dia.. tah camna tah, azura ni komen majalah azlan ni x baguih.. tp azlan ni dah tangkap cintan ngan azura ni... so konon2 trick mintak nasihat dr azura, smp la depa kapel.. tp ada satu masa kt sidang akhbar, yg azlan x tau azura ada sama, dia pi kata dia x dak apa2 ngan azura.. habeh tu, paham2 la apa jadi... apa yg jadi? nak tau? kena tonton beb~.. hehe...

haa.. pehtu plak cita yg aku agak benci sket.. bodo punya bini.. bini ni rita rudaini.. laki dia ni dlm cita ni nama Haris, yg dimainkan oleh Rashidi Ishak.. isk.. aku x tau la.. Haris ni punya romantik, syg gila kat anak bini, tp bini dia leh gatai ngan jantan lain.. konon syg haris, tapi rindu jantan lg sorang tu.. bodo punya bini, gatai nak ada jantan lain.. laki dok ada pon x mau syukur.. hehe.. dlm kisah ni gak, ada special appearence oleh bini betoi Rashidi Ishak, Vanida Imran.. haa.. baru la padan.. puaih hati aku... err apa yg aku puaih? kena la tgk dulu... hehe..

Yg ni cita plg last.. aku rasa depa ni plg muda.. cita pasai arianna ngan apa tah nama pierre andre dlm cita ni.. aku dah lupa plak (tgk balik la kt post aku sblm ni).. yg arianna ni cari boyfren dia kat KL, nama Khalif... dlm dok nak cari, dia kena rompak.. abeh laa semua.. so dia mmg desperate gila nak cari sgt boy tuh.. apa lagi pi la jumpak wartawan nih (pierre andre) ntuk iklan cari boy dia.. tp budak ni separuh masak sket.. yg p.andre tu plak cam jenih luruih sket.. elok la 2 tu.. lama2 dia jumpa khalif, tp dia tu dah ada betina lain.. dan rupa2nya arianna ni dah berbadan dua.. isk isk.. habeh madu sepah dibuang punya kes la plak.. isk isk.. so kesudahannya.. hampa kena la tonton nanti.. kekeke..

Huhu.. mmg syiok cita ni.. dgn backgorund music yg best.. mmg menyentuh hati dan perasaan.. jalan penceritaan dan persembahan pon best.. bygkan, 5 cerita berasingan, berlaku secara parallel, tanpa ada hubung kait yg langsung antara satu kisah ke stau kisah.. hubung kait ada pon, tapi kira x masok campoq dlm hal satu sama lain.. kira biasa2 saja hubungan.. dn bg aku, gaya penyampaian mcm ni mmg sempoi dan aku respel habis.. sbb betoi2 mencerminkan keadaan msyrkt yg msg2 ada pelbagai kisah tersendiri... bermakna kata, untuk menjadi sebuah msyrkt, x semestinya kisah kita ni sama saja.. perlu kepelbagaian.. dan kepelbagaian tu x menganggu kita dlm aktiviti lain seharian.. dan inilah realiti kehidupan..

hehehe.. ni ntuk membagkitakan mood supaya hampa yg x tgk cita ni membara nak pi tgk, aku boh lagu tema dia kt sini...


V.E - Ikhlas Tapi Jauh

Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria
Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksa
Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh...
Jauh...




Lagu asai nyanyian Zainal Abidin.. lirik kat atas tu, versi asai punya.. hehe... yg VE ni ada menambah satu dua bait bahasa mat saleh.. kamon la.. nama pon VE.. hahaha... dlm cita ni gak, nnt ada 3 buah lagu lain selain dlm OST yg depa release (rujuk posting aku sebelum ni).. lagu teman tapi mesra, you're beautiful dan lagu apa tah satu lagi, aku x dpt tangkap.. so kalo hampa rasa betui2 nak mood cita ni, include sama lagu2 tuh dlm kategori OST Cinta...

Sebenaqnya, aku nak balik uniten dah sabtu ni.. kelas dah start dah mggu depan.. dan dgn start kelas, rasmi la aku jadi pelajar final sem, final year.. supersenior... hehe.. so ni la post last aku musim cuti ni.. lepaih ni.. aku smbg post bila ada masa kt uniten... rinduku kepada streamyx akan terjadi buat pertama kalinya... hehehe... tp yg best kali ni, start2 sem dah cuti, hari first.. hahaha.. patut start hari Isnin, tp start hari Selasa.. pasai Agong tu kot.. huhu.. Wallahualam..

so ni sajala kot.. hehe..

Wassalam..

P/S: "Kadang-kadang, oghang yang paling kita sayang lah, yang paling susah untuk disayang"

Thursday, December 07, 2006

Pesan Buat Teman², Kaum Adam dan Hawa..

Salam..

Dlm dok kemaskini My Documents aku tu, aku jumpa menda nih.. dah lama simpan.. amik kat dlm Forum Aibob kot, atau maybe kat forum luaq.. Wallahualam, x dak plak reference aku letak kat file tuh.. apa pon, meh kita tgk apa isinya..

--------------------------------------------------------------

Pesanan Untuk Lelaki dan Peringatan Untuk Wanita

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah."

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

--------------------------------------------------------------

Spt yg kita dpt lihat kat atas ni, rupa2nya byk jugak yg kita kena aware, bg yg lelaki, cuba elak dari mengahwini wanita yg sebegini, dan bagi yg wanita pulak, jgn le jadi camni yek.. rugi je nanti.. TAPI, jika dah ditakdirkan itulah jodoh kita, redho ajelah... nak buat mcm mana.. mintak je doa byk2 kat Allah, sbb perbuatan yg disebut semua tu dikawal oleh hati dan nafsu.. Insya Allah, jika kita berdoa dan berusaha untuk merubah hati seseorang itu dgn niat yg ikhlas dan untuk kebaikan, sudah pasti Allah akan merubah hatinya.. Yakin dan Tawakkal kepada Allah, itulah yg paling penting....

Wassalam...

PS : cari elok2, cari betui2.. huhuhu.. kalo x naya nanti.. baik laki maupon pompuan.. keh keh keh... =P

Wednesday, December 06, 2006

Cinta.. Sebuah Kisah Tentang Kasih...

Salam...



Klik untuk imej lebih besar


Huhu, tgk poster pon dah tau kan citer ape? yer, kali ni aku cuba mengupas sedikit sebanyak mengenai filem "Cinta" ini.. seringkali kita dok tgk di kaca tv, x habeh2 iklan citer nih.. kalo kat tv3 plak, pagi2 dekat2 kul lapan tu nnt ade dier pasang lagu "Ikhlas Tapi Jauh" yg lagu asal oleh Zainal Abidin, dan dinyanyikan semula oleh V.E... best kan lagu tu... tapi, disebalik lagu2 soundtrack yg best, ape sebenarnya muvie cinta ni? secara terang, aku mmg nak sgt nak tgk citer ni, tp x rase mcm nak pegi panggung plak tgk.. x dak geng maa... oleh tu, aku tgk kat official website dia, dan jumpa sket intro ngan sinopsis dia..


Dari intro dia, cerita yg bertemakan kasih ini menyatakan tentang..


"Cinta adalah sebuah filem yg memaparkan lima kisah cinta berkisar di metropolis Kuala Lumpur. Setiap cerita adalah berbeza dan unik, namun setiap watak berkait menerusi keadaan dan peristiwa.

Bertemakan cinta, filem ini menceritakan lima pasangan dengan kisah masing-masing di kota yang indah - ada yg sedang mencari cinta, ada yg bertemu cinta, dan ada yg kehilangan cinta. Menerusi filem ini, cinta dapat juga dilihat dari pelbagai sudut - cinta suami, isteri dan anak, kasih syg antara adik beradik dan juga cinta diantara warga emas."


So dapat kita pahamkan, citer ni ade 5 kisah seperate dalam satu citer.. quite interesting.. meh tgk sinopsis dia pulak.. ni pon di amik dr laman web dier.. ini adalah kisah2 yg dipaparkan mengikut tema masing2..


1. Unggul [Dato' Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar]
Cinta tidak mengenali usia, Cikgu Elyas (Dato' Rahim Razali) seorang duda yg baik hati, sering ke gerai Rubiah (Fatimah Abu Bakar) seorang janda ug mengasihaninya. Adakah Elyas dpt mengenali cinta sedangkan ingatannya kelam. Adakah cinta perlu berakhir apabila usia semakin meningkat?


2. Romantis [Eizlan Yusof, Fasha Sandha]
Cinta kadangkala dtg apa bila tidak dijangka. Pertemuan yg tudak diduga telah mencetus cinta yg mendalam di hati Azlan (Eizlan Yusof), seorang hartawan yg mengetuai empayar media percetakan, terhadap Azura ( fasha Sandha), seorang pembantu kedai buku.


3.Abadi [Nanu Baharudin, Que Haidar]
Dyan (Nanu Baharudin) adalah seorang arkitek, yg sentiasa terperangkap dlm cinta tiga segi. Kasih Dyan sebenar hanya terhadap adiknya Dhani (Que Haidar), yg malangnya enggan mengikut cara hidupnya. Sejauh manakah pengrobanan kasih syg kakak kepada adiknya?


4. Sepenuh Jiwa [Rashidi Ishak, Rita Rudaini]
Haris (Rashidi Ishak), seorang arkitek, memiliki segalanya - Airin, isteri jelita (Rita Rudaini), anak tersayang dan kehidupan yg selesa. Tanpa disangka, dia menyedari kehidupannya hanya sebuah ilusi. Adakah Haris mampu utk menyelamatkan cintanya atau mungkinkah erti cinta sebenar adalah melepaskan org tersayang pergi utk selamanya....


5. Tulus [Pierre Andre, Sharifah Armani]
Arianna (Sharifah Armani) adalah seorang gadis yg dtg ke kota utk mencari kekasih yg telah hilang tanpa berita. Dlm mencari cinta dia dibantu oleh Taufiq (Pierre Andre) seorang wartawan budiman yg tidak dikenalinya. Adakah Arianna dpt menjumpai apa yg dicari atau mampu melihat cinta tulus sebenar?


Menarik tak? bagi aku menarik jugak citer ni.. hehe.. mmg mesti tonton, dan aku akan menonton gak nanti.... di akhir intro kat website official dia, nanti ade satu persoalan dilemparkan, kisah cinta mana yg kita alami.. soalan ini membayangkan bahawa kisah2 yg cuba dipaparkan ini, sememangnya kisah2 biasa dalam persoalan kasih sayang.. samada kita sedar atau tidak, kita sering kali menjadi sebahagian di dalam sebuah kisah tentang kasih..


Hehe, bg aku tarikan filem ni jugak terletak kepada gandingan mantap Soundtrack nyer... lagu2 dier mmg masyuk.. antara lagu yg dimuatkan dlm filem ni ialah Sewaktu Dulu nyanyian Andy Flopp Poppy, Ikhlas Tapi Jauh oleh V.E., Perpisahan Oleh anuar Zain, Cinta oleh Misha Omar dan Jaclyn Victor serta lain2 lagu yg termuat sbg soundtrack filem ni.. amat sesuai dgn konsep dan temanya.. hehe..


Bagi mereka yg ingin mengetahui lebih lanjut, sila layari :


http://www.cintathemovie.com


Dan khas bagi anda yg menghargai muzik sbg satu seni yg menenangkan hati untuk anda, OST Cinta :


OST CINTA - 70 MB, (Klik Sini)
atau Sini, Alternative Link (Rapidshare)


Ok lah, sampai setakat ini dahulu.. jgn lupa menonton Filem Cinta.. (kah kah kah.. mcm aku dah tgk plak.. aku pon nak tgk gak weiii.. hehe..)


Wassalam..


PS : Tggu VCD/DVD Ori kuar baru beli.. lambat sket tonton x per, asal puas hati.. lagi lama menunggu, lagi exciting.. hehe =P

Sunday, December 03, 2006

Happy Birthday ~ =P

Salam...



Waa... birthday sape ek? hehe.. birthday blog ni la!! Laaa.. aku buleh terlupa nak letak kat post aritu.. Blog ni dizahirkan pada 1 December 2003, dan 2 hari lepas, dah genap 3 tahun.. Alhamdulillah, masih bertahan lagi.. Interface pon dah dekat 3-4 kali tukaq.. Patut aku post 1 hb haritu, dlm posting tajuk "Keep Holding On"... blog ni pon akan aku teruskan.. dan akan terus di "keep holding on".. huhu~

Erm, kalo sapa2 nak baca post2 lama.. kot2 la nanti teringat kesah kita2 jugak dulu2, rajin2 la klik kat tab archives aku, menu sebelah kanan ni.. hehehe.. mana tau, ada kesah sama2 kita dulu yg belum setel, kita bg setel la ni.. hehe.. ok la kot.. x dak niat nak post ni, tp baru teringat.. isk isk.. buleh lupa plak adeh laa.. ok, terima kasih sapa yg sudi baca.. kalo x dak org baca pon, biaq la aku baca sorang2.. hahahaha =P

Wassalam..

PS : Dear Diary la ni dah jadi Dear Blog.. teknologi merubah segalanya.. metodnya diubah, isinya tetap sama.. isi yg dtg dari hati nurani, tulus, mulus, suci dan ikhlas serta murni.. cewahh.. wakakaka.. :)

Friday, December 01, 2006

Keep Holding On..

Salam..

Hahaha.. title je mat saleh, tapi isinya aku tulih bahasa melayu lah.. not feelin' comfortable to write in english yet... kuuukukukukukuuuu~

OK, sbg pembuka bicara kali ni, aku nak mengucapkan tahniah dekat kawan2 uniten yg mana setiap sorang dah dpt tau result masing2... huhu.. dengaq cerita, geng2 COIT smua dapat keputusan memberangsangkan.. smua naik gile pointer.. huhu... dan masing2 bergembira.. dan masing2 juga dpt kita lihat luahan kegembiraan dan syukur mereka diekspresikan kat blog masing2, spt contoh paan ngan radin (post Paan & post Radin). Mmg best kalo time2 dpt result camni, nak pulak result sempoi kan.. hehe.. tahniah guys, korang mmg deserve ntuk ape yg korang dah buat slama ni.. hehehe.. aku tumpang gembira... :)

Aku nyer result? boleh lah... Alhamdulillah.. biasa saja.. ada la naik sikit.. huhu.. syukur ke hadrat Ilahi, dgn perkenan-Nya, naik la sikit kot pointer aku.. pastu, aku nak ucap gak terima kasih kat lecturer2 aku sem ni.. Pn Marini, Mr Uwe, Dr Jamilin, Dr Z dan jugak Dean, Dr Shariff sbb tanpa mereka, x mungkin aku dpt result camni.. Terima Kasih byk2... Dan x lupa jugak la, kat member2 satu group project, satu kelas dan sebagainya.. mintak maaf byk2 kalo akau ada silap, x buat gheja, menyusahkan dsb.. maklumla, aku ni jenih lembab sket.. sorry byk2.. maafkan daku~

OK, done bab tu.. ni nak cerita sikit pasai Dual Boot.. camni.. aku nak sgt pakai Linux ngn Windows serentak.. maksudnya, satu PC, satu Hard Disk, bleh pakai dua OS.. masa nak boot kita buleh pilih nak masuk Windows ka atau Ubuntu (btw, Linux aku pilih ialah Ubuntu, sbb aku ni n00bs lagi dlm Linux, so ubuntu ni cam sesuai ntuk blajaq). So aku pon google laa.. smp aku jumpa satu page, di mana dia ada menceritakan camna nak install Linux (Ubuntu) ke atas Installation Windows yg sedia ada, dan menggunakan NTFS punya File System.. Spt mana yg kita maklum, stakat ni Linux ni secara asasinya x leh write dlm NTFS, dan cuma buleh read sahaja, kecuali dah install LinuxNTFS (software) yg masih dalam ekspirimentasi.. jadi camna hal ini buleh menjadi tidak mustahil?

Mcm ni, kaedah yg dugunakan ialah resize balik partition NTFS windows tu, then manually add file2 system yg diperlukan untuk linux.. kaedah secara mudah dan shortcut (ini konsep sahaja) :

  1. Mula2, resize dulu NTFS yg sedia ada (windows). Pilih brp amount NTFS baru. Katakan sebelum ni ada 80 GB, kita nak saiz baru dia ada dalam 60 GB, so kita buleh pakai 20 GB yg tinggal tu ntuk install Linux.
  2. Kemudian, dari 20 GB yg tinggal, create satu partition dgn Files System ext3 (atau ext2, bergantung kps OS mana) untuk root file system bagi linux. Sbg contoh, diperuntukkan 10 GB untuk bahagian ini. Se-elok2nya, bagi lebih sikit pon x pa, sbb nny byk menda menarik nak install kat sini.
  3. Create dari baki, yg tinggal 10 tu, satu file system FAT32. Ini bertujuan untuk membolehkan file2 yg kita nak access sama ada dari Linux mahupon Windows ini dapat dikongsi bersama untuk tujuan full operation (Read, Write, Execeue, dll). Ini bermakna, bila kita masuk Windows pon bleh operate kat sini, dan bila masuk Linux pon sama.. berlainan dgn NTFS, dimana Linux hanya buleh baca sahaja. Katakan, disini kita create 9 GB, FAT 32 file system.
  4. Kemudian, kita ada baki 1GB lagi. Yg ni, kita akan create sbg swap file system untuk Linux. 1 GB sudah memadai, malah lebih dari cukup, tapi kalo nak sedap, apa salahnya bazirkan skit nak bagi sedap pakai kan? so create la 1 GB partition, pilih type dia Linux Swap..
  5. Kemudian, teruskan partition, apply kan langkah2 yg kita set kat atas ni.
  6. Lepas semua dah ready, dah siap partition, install la Linux kita dekat partition yg kita create dlm langkah 2 tadi, yakni dlm ext3.

Apa yg aku ringkaskan kat atas ni, adalah menggunakan Ubuntu CD, yg mengandungi Ubuntu Installer & Patitioner yg mmg best, bijak dan kacak.. huhu.. untuk full tutorial, aku dgn ini amat menggalakkan korang pegi ke site : Windows with NTFS + Dapper Drake .. Dlm ni nnt ade contoh bergambar. Perlu diingat, kemungkinan apa yang dipaparkan dlm site ni berbeza paparannya sbb dia install dlm text based, dan korang maybe install dlm mode biasa, mcm aku buat. So, keypoint dia, paham konsep yg aku terang kat atas tuh, dan read through website yg aku bagi tu.. stakat beza interface je, tapi konsep tetap sama. So fahamkan dulu betul2, sebelum korang buat sesuatu, sbb kalo silap, buruk padahnya.

Kat bawah ni screenshot (desktop) OS aku.. Windows XP Pro dan Linux Ubuntu (klik ntuk gambar yg jelas) :

Windows XP

Professional SP 2

Linux Ubuntu 6.06 LTS

"Dapper Drake"

Haha.. smp setakat ni, korang leh tangkap tak sbb apa tajuk kat atas tuh tulih "Keep Holding On" ? Sbnrnya, Keep Holding On ni tajuk lagu terbaru Avril Lavigne, dimana lagu ni diguna sbg theme song ntuk citer Eragon yg akan kuar di panggung x lama lagi.. aku saje nak letak sbb aku rasa aku pon kena "Keep Holding On" memandangkan sem depan kemungkinan semester terakhir aku study, BIT kat Uniten.. maybe sem dpn tu last la kan.. so aku kena la hold on kuat2.. satu sem saja lagi.. x mau anything worst happen.. mungkin la ada halangan dan rintangan, tp tu biasa la kan.. so aku just letak saja lagu ni kat sini, best sungguh... Maksud tersirat lain? x dak kot.. ekeke.. meh dengaq lagu tu..

Artist: Avril Lavigne
Song: Keep Holding On
Album: Popular Songs

You're not alone
Together we stand
I'll be by your side
You know I'll take your hand
When it gets cold
And it feels like the end
There's no place to go
You know I won't give in
No, I won't give in


(co) :

Keep holding on
Cause you know we'll make it through
We'll make it through
Just stay strong
Cause you know I'm here for you
I'm here for you
There's nothing you can say
Nothing you can do
There's no other way when it comes to the truth
So, keep holding on
Cause you know we'll make it through
We'll make it through


So far away
I wish you were here
Before it's too late
This could all disappear
Before the door's closed
And it comes to an end
With you by my side
I will fight and defend
I'll fight and defend, yeah, yeah

-Repeat (co)-

Hear me when I say
When I say I believe.
Nothing's gonna change
Nothing's gonna change destiny
Whatever's meant to be
Will work out perfectly
Yeah, yeah, yeah, yeah
La da da da, la da da da
La da da da da da da da da


-Repeat (co)-


Ahh, ahh
Keep holding on
Ahh, ahh
Keep holding on
There's nothing you can say
Nothing you can do
There's no other way when it comes to the truth
So, keep holding on
Cause you know we'll make it through
We'll make it through

Hahaha.. kali ni pon post berjela2.. hentam sajala.. ingat nak tulih sikit, tapi dah terbubuh banyak ni.. kira halal la.. keh keh keh... ok sampai sini saja repekan ku kali ini.. huhu..

Wassalam..

PS : Owh.. hari ni, 1 Disember, anniversary ayah dan bonda ke 23.. huhu.. kalo x de hari ni 23 thn lepas, jgn harap aku nak ada dlm dunia ni hari ini, dan bleh menaip plak camni.. isk isk.. insaf.. happy anniversary ibu dan ayahku.. smoga kekal smp ada cucu nanti.. hehee :P