Posts

Showing posts from September, 2006

Surat Terbuka Tun Dr Mahathir (April 2006)

Assalamualaikum w.b.tAda ramai di kalangan kita yang masih terkial-kial mencari apa sebenarnya punca di sebalik protes Tun Dr Mahathir (TDM) ke atas Kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Di kampung-kampung terutamanya, mereka tidak mendapat gambaran sebenar mengenai kemelut antara mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno ini dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno yang memegang tampuk kuasa pada masa ini.
Media arus perdana nampaknya cuba untuk menutup perkara sebenar daripada rakyat. Laporan-laporan yang disiarkan tidak menunjukkan keadaan sebenar apa yang terjadi dan kenapa TDM bangkit untuk menyatakan protes terhadap kerajaan. Mungkin mereka tahu, sebabnya adalah isu pembatalan jambatan bengkok, namun tahukah mereka luahan sebenar TDM? Di sini, diturunkan Surat Terbuka TDM, yg menjadi titik tolak terhadap gerakan TDM untuk memperbetulkan kerajaan pimpinan Pak Lah, melalui protes-protes yang biasa kita dengar…
—————————————————————–SURAT TERBUKA TUN DR M…

Semalam Di Malaysia

Salam..

Ermm.. lama x blogging.. x de citer sendiri yg nak di citer kan kot... so kali ni, lain sket la.. nak post satu novel yg penah aku bace thn lps... Semalam Di Malaysia tajuknyer.. citer ni pasal anak Aceh yg diam di Malaysia ni dan ade la kaitan kot ngan perjuangan GAM nak merdekakan Aceh dari Indonesia.

Sbnrnye, rase saje2 nak post ni sbb abg asnawi tanye dah bace ke belum citer ni.. dia send satu copy kat aku.. so, aku pikir bleh la wat penghias blog aku kali ni.. so layankan la.. hehe.. baca slow2 la ek..

Wassalam..


*File2 kat section download nmpknye dah ilang kene delete.. sape2 nak request ape2, sile la yer..

################################

Semalam di Malaysia

Oleh
Yusda

PENERBIT PT ASLI
JALAN KUALA TARI
ATJÈH SUMATRA
1999

Sepatah kata dari pengarang

SEMALAM DI MALAYSIA mengambil tempat di Kuala Lumpur pada suatu malam tahun 1991. Pelakun utamanya, Zainal, yang berasal dari Atjèh telah menetap di Malaysia selama 13 tahun, kawin dengan gadis Melayu dan dikurniai dua orang putri. Dia…