Skip to main content

Alkisah...

Assalamualaikum...

Ini kisah yang terjadi di Singapura pertengahan tahun 2005, sewaktu seorang wanita yang dinamakan disini sebagai Datin Seri Handayani Mohamad masih lagi ada hayatnya. Menantunya, seorang didikan Inggeris, Benson Hedges (BH) telah berada direpublik itu atas urusan biasanya.

Tanpa dirancang, Benson Hedges telah terserempak seorang wanita Malaysia, berdarah kacukan termasuk Melayu dan Burma, menjawat sebagai seorang peguam diKuala Lumpur, juga da urusan dikota raya yang dimajukan oleh Sir Stamford Raffles itu. Wanita ini ialah bekas teman wanita BH, maka mereka pun keluarlah bersama sama, pergi bercerita kisah masing-masing sewaktu makan malam. Ini diteruskan apabila mereka terus menikmati keghairahan pelbagai tarikan malam kota raya moden tersebut.

Setelah menikmati beberapa minuman, tanpa sedar atau sebalik, mereka telah jatuh kedakapan masing-masing, melayari keindahan malam yang penuh cabaran yang kemungkinannya, pada ketika itu, kedua-dua insan ini gagal mengawal keadaan yang penuh pelbagai emosi, walaupun BH telah berkahwin.

Beberapa minggu berlaku. Maka peguam wanita ini sedar kitaran biologinya tidak seperti biasa dan pergi bertanyakan dengan pengamal perubatan. Maka disahkan bahawa Allah telah 'mengurniakan' kedua-dua pasangan tidak terancang ini, satu tumbuhan biologi yang akan menjadi seorang insan, dalam beberapa bulan lagi.

Peguam wanita ini berhubung dengan BH, tetapi gagal dilayan. Maka wanita itu berserah kepada ayahandanya, seorang ternama dan berkedudukan dimasyarakat socialite Kuala Lumpur. Bapanya membuat rancangan untuk mengadukan hal itu kepada mertua BH, seorang Ketua Eksekutif anak dan cucu bekas guru ternama, dinamakan sebagai Dato' Seri Amirul Ahmad Habshi.

Maka Dato' Seri pun bersemuka dengan BH dan berlakulah hal-hal yang melibatkan hilang kesabaran dan BH telah ditampar oleh Dato' Seri. Dalam masa yang sama, seluruh keluarga Dato' Seri sedang gusar kerana kesihatan Datin Seri Handayani makin kurang membransangkan dan fokus keluarga adalah masalah tersebut.

Dipendekan cerita, lewat 2005, Allah telah menjemput pulang Datin Seri Handayani Mohamad. Didalam keadaan yang tidak menentu, antara tanggung jawab melaksana tugas berat sebagai Ketua Eksekutif bagi sebuah organisasi besar, rindu yang amat sangat atas pemergian Datin Seri Handayani dan kasih unggul tanpa batas kepada anak perempuan satu-satunya pasangan itu, maka Dato' Seri Amirul bertekad bahawa dalam apa pun keadaan sekalipun, anaknya Noraini, tidak harus dibiarkan untuk bergelar janda dan Dato' Seri Amirul bersedia, walaupun pahit, menutup sebelah mata keatas pelbagai kepincangan dan kesalahan BH sebagai anak muda yang rakus, penuh pelbagai nafsu, berpengetahuan membuat macam-macam, bercita-cita melangit dan kebolehan yang jauh batasanya. Kasih Dato' Seri Amirul kepada anaknya Noraini membatasi secara menyeluruh, kasih dan tanggung-jawab beliau sebagai Ketua Eksekutif organisasi.

Maka, dikhabarkan bahawa BH telah keluar memburu dan menambahkan trophy-trophy buruanya disamping memperbesaaarkan 'war chest', walaupun beliau berburu luar dari etika dan amalan pemburuan yang diterima masyarakat TANPA sebarang pihak, termasuk pihak berwajib, sanggup dan berani untuk berbuat apa-apa, walaupun ada undang-undang negara yang dicerobobohi, seolah-olah tanahair sedang mengamal undang-undang dan peradaban belentara.

Sebagaimana banyak disarankan, kes-kes begini harus dibuat laporan polis agar siasatan boleh dibuat. Didalam kes melibatkan sebuah syarikat awam dimana pemiliknya majoriti ialah bibawah naungan Dato' Seri Amirul sendiri, maka apabila laporan polis dibuat, maka polis dibawah Jab. Siasatan Jenayah Kommersial PDRM akan merujuk laporan ini kepada agensi-agensi tertentu dan berwajib seperti Suruhanjaya Sekuriti (SS) dan setakat ini, soal pengambil alihan syarikat awam ini SS telah meluluskanya dengan sempurna, tanpa sebarang hindaran langsung, seolah-olah semuanya berjalan baik, sebagaimana yang diperuntukan dalam Akta Syarikat dan Akta Sekuriti.

Jika agensi yang dipertanggung-jawabkan begini menutup sebelah mata, maka apakah peluang untuk BH diperadili didalam keadaan dimana semua pihak yang ada kuasa amat berhati-hati untuk mengamalkan tanggung-jawab mereka sedangkan mereka tahu BH di'lindungi' bapa mertuanya, Dato' Seri Amirul?

Ini tidak mengambil kira BH ini disekelilingi oleh pelbagai pakar-pakar pengamal perundangan, pasaran modal, perbankan, bank saudagar/pelaburan dan penganalisis ekonomi terbaik negara, disamping hampir kesemua pegawai-pegawai khas Menteri/Kementerian tunduk kepadanya, dimana fenomena ini membuatkan beliau, digeruni, walaupun agensi-agensi Kerajaan tertentu berkuasa mutlak. Ketua-ketua unit yang amat strategik tertentu diPejabat Perdana Menteri sendiri memangil BH sebagai 'CHIEF'. Laporan polis akan hanya berakhir sebagai......NFA (no further action)

Mungkin pejuang-pejuang Bangsa bertindak melalui saluran ini berharapan warga Malaysia sedar bertapa keadaan begitu meruncing dan mendesak agar sesuatu dilakukan, secara drastik, untuk mengawal BH dan diadili mengikut lunas-lunas sedia ada.


di ambil dari...
http://www.kmu.net.my/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=6129&start=180



Hehehehe... watammat.. ente semua ada faham ka ini cerita? ana harap ente semua ada fahamlah...
Wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Setanggi Syurga..

Salam... Huhu..sebenaqnya dah lama nak post lagu nih...tp dok tangguh sbb ada problem ngan internet connection..dah terlajak sampai mlm minggu nih, meh aku cerita sket la kot.. Td kami pi main futsal..lawan ngan geng indon (geng mustapa)..huhu dan dgn bangganya, kami kalah..kekalahan tu 50 % mesti sbb aku...sbb time aku jd goal keeper tu la byk yg masuk..btw, x kisah sgt la..sbb tujuan kami ialah bersukan dan mengeluaqkan peluh..menyahut seruan kerajaan ntuk bersukan...suasana perlawanan berlangsung dgn penuh harmoni tanpa insiden yg x dingini..huhuhu... Dan mcm biasa, dah masuk minggu kedua nih, dah ada dah assignment...plg berat setakat ni ialah SE...kena buat summary drpd 3 artikel...huehuheue....nak kena baca byk dan paham baru bleh wat...so sok akan bermula la kot...dan yg lelain tu semua nak kena baca sebelum start plak klas isnin ni.. Ok, berbalik ke tujuan asal posting ni....Setanggi Syurga...masa memula dengaq, ingatkan 100% lagu cintan cintun...tp bila dah tgk lirik dia dan m