Sunday, January 08, 2006

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1426

Salam...

Lg 2-3 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha..biasanya kat Malaysia ni, kita sebut Hari Raya Haji @ Hari Raya Korban..biasanya, kat sini, Hari Raya Korban kurang meriah berbanding Aidil Fitri..cuti pon sehari ja.. tp Alhamdulillah, sempat gak aku balik ntuk beraya kat rumah di samping keluarga..(tp skip 2-3 kelas le..ehehe =P)

So, basically, just nak ucap kat korang semua, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA - Berkorbanlah Ke Jalan Allah.Dan sempena itu, sebuah lagu khas dr kump. Raihan.. ehehe :)

Haji Menuju Allah
Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

-----------------------------------------

-----------------------------------------

tu je k, Wassalam..

Teringat lak aku kat tapa yg pegi wat haji thn ni..mudah2an mendapat haji yg mabrur ye tapa... doa2kanlah kami semua disini..mudah2an, sama2 kita berjaya di dunia dan akhirat.. Amin.. (ade rezki, nak gi Mekah gak.. )

No comments: