Skip to main content

Kecelaruan Seks...

Salam...

Meh baca Utusan Malaysia hari ni...(23 November 2005)

Kecelaruan seks serius -- Lelaki mahu jadi wanita banyak berlaku di
asrama sekolah, IPT

Oleh: ABDUL MUIN SAPIDIN dan RUBIAH NORDIN

PETALING JAYA 22 Nov. - Masalah kecelaruan seks - fenomena mahu menjadi perempuan - didapati semakin serius berlaku di kalangan pelajar lelaki khususnya yang tinggal di asrama sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Kajian Institut Kajian Liberal, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di beberapa sekolah berasrama dan IPT sekitar Lembah Klang mendapati, bilangan kumpulan tersebut semakin bertambah seiring perkembangan manusia.

Analisis data hasil kajian itu mendapati, terdapat lima hingga 10 peratus golongan homoseksual wujud di sekolah dan IPT - rata-ratanya beragama Islam.

Ketua pasukan kajian itu, Mohd. Ariff Ahmad Tarmizi menegaskan, walaupun perangkaan itu agak sedikit bilangannya, tetapi jumlahnya semakin bertambah saban hari dan ia berlaku hampir di semua sekolah berasrama dan IPT.

``Kebanjiran laman web khas dan kelab-kelab gay di Internet telah mendorong `pembiakan' ahli-ahli golongan tersebut dan membolehkan mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti songsang mereka.

``Golongan ini juga semakin berani mewujudkan kumpulan-kumpulan sendiri dan menonjolkan diri dalam program-program di universiti,'' katanya ketika diminta mengulas hasil kajian tersebut yang dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Dunia Dalam Wacana: Representasi Realiti anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Menurut beliau, kajian tersebut menekankan persoalan tabiat yang dicerakinkan kepada penyilangan tiga dimensi iaitu ilmu, kemahiran dan keinginan.

``Misalnya, kebiasaan menonton video lucah yang menampilkan pelbagai adegan termasuk seks songsang, seseorang itu akan memperoleh ilmu atau pemahaman baru kemudian diterjemah dengan kemahiran yang akhirnya menimbulkan keinginan.

``Prinsipnya mudah, apabila seseorang membentuk tabiat diri sama ada baik atau buruk, mereka pasti akan melalui proses ketiga-tiga dimensi tersebut,'' jelasnya.

Hasil kajian bertajuk Fenomena Kecelaruan Seks Pelajar Lelaki dan Masyarakat Masa kini: Kajian Kes Bekas Pelajar Asrama dan IPT itu menggariskan, gaya hidup songsang itu juga didorong oleh faktor:

* Kebebasan melayari laman web atau video lucah sejak kecil termasuk dalam makmal komputer sekolah.

* Memenuhi keinginan mencari kumpulan atau `pasangan' sejiwa bagi memenuhi rasa sunyi atau mengisi kekosongan jiwa yang bermasalah.

* `Pembiakan' kecelaruan seksual oleh mangsa kepada rakan-rakan sebaya sama ada di sekolah atau di universiti.

* Prasarana hiburan tidak terbatas yang memberi ruang kepada percambahan tingkah laku songsang.

* Masalah ikatan kekeluargaan yang lemah, terbiar dan didikan agama yang longgar.

``Dalam isu kekeluargaan misalnya, keluarga sekarang terlalu menekankan penjagaan anak perempuan sehingga mengabaikan anak lelaki, kononnya mereka boleh jaga diri, prinsip ini mesti diubah,'' jelasnya.

Mohd. Ariff yang juga perunding psikologi berkata, pengukuran yang dibuat dalam kajian tersebut dibuat melalui analisis secara pemerhatian, penggunaan data dan juga perangkaan yang dibuat secara umum persampelannya.

Selain itu katanya, hasil kajian diperoleh melalui pemerhatian dan rekod perbualan kes-kes tertentu bagi pelajar atau bekas pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

``Pendekatan dalam isu ini mudah, golongan ini dikatakan tidak normal, jadi kecelaruan seks ini lebih menjurus seksual yang tidak normal dan mempengaruhi nilai-nilai manusia itu sendiri.

Mohd. Arif turut menampilkan empat kajian kes untuk mengukuhkan kajian tersebut iaitu:

Kajian Kes 1

Seramai 15 daripada 18 pelajar asrama yang dipilih secara rambang mengakui pernah atau menjadi kebiasaan melayari laman web lucah termasuk di makmal komputer sekolah.

Lima daripada mereka mengaku menonton cakera padat lucah sejak berumur 10 tahun.

Kajian Kes 2

Pendedahan bekas pelajar asrama yang kini menuntut di IPT `meluaskan' pengaruh dengan mencari rakan-rakan yang mempunyai jiwa yang sama melalui program-program universiti seperti aktiviti mentor atau abang angkat.

Kajian Kes 3

Bekas pelajar asrama mengembangkan lagi pengalaman sebaik sahaja menuntut di IPT melalui prasarana di sekitar Lembah Klang yang menjanjikan aktiviti sosial secara berleluasa tanpa sekatan.

Kajian Kes 4

Pelajar yang mengalami masalah keluarga, terbiar, didikan agama yang cetek sehingga memilih permulaan tabiat berhibur yang negatif bagi mengisi kekosongan jiwa yang bermasalah.
- Utusan.com.my

Huh..mmg betui.. la ni kat uniten saja dok ada belambak jenis2 ni.. ada satu sem tu, satu floor apartment, puak2 tu saja yg duduk..ada sorang tu, masya Allah lawa tu boleh kalah pompuan..kalo org tak tau sah org kata pompuan.isk isk..seb baik aku x tergoda..ahaha..ermm selalu alasan yg depa bagi aalah sbb sifat semulajadi..adeh la..nak kesian pon ada jugak tapi x buleh la kalo dah laki nak jadi pompuan..melawan Sunnatullah..kalo x silap siap ada larangan lagi bg lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dlm Islam..depa ni bukan x tau hukum..malah ada tu yg lg terer..tp atas desakan naluri la konon depa x leh kluaq dr masalah ni...

Bagi aku la..buat depa yg terjebak, jadikan usaha untuk berubah jd lelaki sejati tu sbg satu jihad ke arah kebaikan...walaupon ada naluri semulajadi ka, jadikan tu sbg tujuan untuk berjihad, lawan naluri tu dan terus berusaha menjadi lelaki sepertimana lelaki dlm erti kata yg sebenar spt yg telah ditetapkan dalam Sunnatullah...dan ingatlah akan kelebihan org yg berjihad...

Tak usahlah melawan takdir..kalo lelaki tu, lelaki lah..kalo perempuan tu perempuan lah..x payah nak tukar jd sebaliknya...bahaya..ada plak yg terjebak dlm seks sejenis cam homoseksual dan lesbian tu..ni lagi satu haru..Allah laknat geng2 sejenis ni...dah tuhan jadikan berpasang2an laki dan perempuan, yg pi cari sama jenis tu buat apa... kalo pikiaq secara logik pon perbuatan depa tu mmg x masuk akal.. ** tak matching langsung (hehehe..) **..suruh budak2 tadika pikiaq pon depa tau....kalo pon matching (terutama bg gay), saluran kotoq tu buat apa...tu yg dok jadi penyakit teruk2...habeh mati x dan nak taubat...isk..ingat mati...ingat mati...

Dah la masalah seks rambang lom lagi diselesaikan, timbul lak kecelaruan seks ni..dah ada yg tukaq alat sulit then kawin..isk apa dah jadi..kerajaan perlu bertindak sebelum barah sosial ni merebak..x cukup ngan barah sedia ada seperti seks bebas di bwh2 pokok, dadah,ganja dan ekstasi di tmpt2 lepak, timbul lak gejala sejenis yg x best langsung ni kat ipt2...adeh...apa dah jadi kat Malaysia yg tercinta ni..Kerajaan mesti memandang serius akan hal ni...jgn dibiarkan lagi remaja kita hanyut...

Kerajaan saja x mungkin akan selesaikan kesemuanya,peranan ibu bapak juga penting..bak kata Dr Fadilah Kamsah, mak bapak la yg perlu ajaq dr kecik..jgn biaq saja..nak harap rakan sebaya pon, bukannya x berkesan..tapi kurang berkesan..nnt x pasai2 ngan kawan ngan dia skali hanyut..mmg mak bapak kena main peranan penting skali dlm hal ni..begitu jugak guru2 kat skolah..jgn plak guru2 kat skolah pon jenis tu..aa sudah..ada plak cikgu depa rupanya..ni antara yg perlu kita beri perhatian kalo nak selesaikan masalah ni..Hendak Seribu Daya...Kita mesti usaha membanteras gejala2 ni..

Ok setakat ni saja...buat rakan2 yg rasa terjebak, ubahlah...jadilah diri anda yg sebenar..jadikan usaha untuk perubahan itu suatu jihad..tiupkan semangat jihad dalam usahamu..

Wassalam..

Haha..tahniah Pak Ariff ngan Team Kat IKAL...pendedahan tu mendapat tmpt muka depan Utusan Malaysia ari ni..bangga jugak rasa pensyarah dr IPT cam uniten yg terkenal ngan engineering hardcore mampu membukak mata masyarakat mengenai masalah sosial yg makin meruncing ni..mungkin lps ni, semua org akan lebih aware akan permasalahan ini..begitu jugak kat Majalah MASTIKA..teruskan segala pendedahan..MASTIKA inspirasiku..huhu..kpd Pak Ariff, jom banteras kat uniten ni..ada bykkk...kekeke =P Owh..aku balik mlm jumaat ni..Selamat Berbuka Semester baru kat Unitenians..slogan yg perlu kita capai sem ni -> Uniten Sihat Tanpa Kecelaruan Seks~!!! Heheheeee..

Comments

  1. isu menarik..hehe.sy dah folo.nati free2 pegi blog sy plak eh..

    ReplyDelete
  2. huhu.. isu ni masa zaman saya blajaq dulu2 neh.. dah nk dkt 6 thn dah...

    ok nnt sy pi jln2 blog awk plak ok..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Setanggi Syurga..

Salam... Huhu..sebenaqnya dah lama nak post lagu nih...tp dok tangguh sbb ada problem ngan internet connection..dah terlajak sampai mlm minggu nih, meh aku cerita sket la kot.. Td kami pi main futsal..lawan ngan geng indon (geng mustapa)..huhu dan dgn bangganya, kami kalah..kekalahan tu 50 % mesti sbb aku...sbb time aku jd goal keeper tu la byk yg masuk..btw, x kisah sgt la..sbb tujuan kami ialah bersukan dan mengeluaqkan peluh..menyahut seruan kerajaan ntuk bersukan...suasana perlawanan berlangsung dgn penuh harmoni tanpa insiden yg x dingini..huhuhu... Dan mcm biasa, dah masuk minggu kedua nih, dah ada dah assignment...plg berat setakat ni ialah SE...kena buat summary drpd 3 artikel...huehuheue....nak kena baca byk dan paham baru bleh wat...so sok akan bermula la kot...dan yg lelain tu semua nak kena baca sebelum start plak klas isnin ni.. Ok, berbalik ke tujuan asal posting ni....Setanggi Syurga...masa memula dengaq, ingatkan 100% lagu cintan cintun...tp bila dah tgk lirik dia dan m