Setanggi Syurga..

Salam...

Huhu..sebenaqnya dah lama nak post lagu nih...tp dok tangguh sbb ada problem ngan internet connection..dah terlajak sampai mlm minggu nih, meh aku cerita sket la kot..

Td kami pi main futsal..lawan ngan geng indon (geng mustapa)..huhu dan dgn bangganya, kami kalah..kekalahan tu 50 % mesti sbb aku...sbb time aku jd goal keeper tu la byk yg masuk..btw, x kisah sgt la..sbb tujuan kami ialah bersukan dan mengeluaqkan peluh..menyahut seruan kerajaan ntuk bersukan...suasana perlawanan berlangsung dgn penuh harmoni tanpa insiden yg x dingini..huhuhu...

Dan mcm biasa, dah masuk minggu kedua nih, dah ada dah assignment...plg berat setakat ni ialah SE...kena buat summary drpd 3 artikel...huehuheue....nak kena baca byk dan paham baru bleh wat...so sok akan bermula la kot...dan yg lelain tu semua nak kena baca sebelum start plak klas isnin ni..

Ok, berbalik ke tujuan asal posting ni....Setanggi Syurga...masa memula dengaq, ingatkan 100% lagu cintan cintun...tp bila dah tgk lirik dia dan menghayati apa yg nak disampaikan, baru aku tau yg lagu ni mempunyai maksud yg amat mendalam...kecintaan dan ketakwaan tahap teragung...dambaan cinta seorang insan kepada Penciptanya....kalo diamati lebih dlm lg maksud dia, makin byk kita paham akan hal ni...hurm...inilah dia, Setanggi Syurga drpd In Team..

In Team - Setanggi Syurga
--------------------------
Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga

Lagu: Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Penerbit : Isman Isam
Penyusun Muzik : Along (Exist)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Lirik Dari : Liriknasyid.com

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.

Ermm....sape nak video klip dia bleh download kat ~> http://shinnosuke.servequake.com

Okeh..Wallahualam...

Wassalamualaikum....

Comments

Anonymous said…
Aper nie nama SHAH x dak pun!!!!
x teringkat naj buh lagu KALIMAH CINTA ka????

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017