Skip to main content

Huh...UNITEN kembali ke isu hangat!!!!!

Salam..ermmm..Uniten..Uniten...

***********************************
TNB kurangkan subsidi pengajian pelajar Uniten
Oleh Syuhada Choo Abdullah


SUBSIDI kos pengajian dinikmati pelajar tempatan yang mengikuti ijazah pertama di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dikurangkan secara berperingkat sehingga sifar menjelang 2007.

Naib Canselor Uniten, Prof Dr Zainul Abidin M Sharrif, berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih menanggung subsidi sehingga 30 peratus daripada kos pengajian setiap pelajar itu, tahun lalu.

Justeru bagi mencapai sasaran itu, beliau berkata, subsidi itu akan dikurangkan kepada 18 peratus tahun ini dan seterusnya lapan peratus pada 2006.

Namun dalam konteks ini, beliau menegaskan, Uniten tidak meletakkan matlamat meraih keuntungan daripada pengajian pelajar, sebaliknya kemudahan pendidikan itu disediakan TNB sebagai suatu bentuk tanggungjawab sosial.

“Sebenarnya, kos pengajian setiap pelajar Uniten adalah sangat mahal. Oleh itu, kita berusaha sekadar untuk menampung kos.

“Antara langkah diambil ialah mengurangkan kos yang sedang ditanggung. Selain itu, Uniten juga berusaha mempertingkatkan kemasukan pelajar asing kepada 30 peratus jumlah enrolmen pada masa depan.

“Pelajar asing membayar kadar yuran pengajian penuh tanpa subsidi. Kira-kira 200 pelajar asing, termasuk dari Arab Saudi, Yaman, Indonesia dan Iran, sedang mengikuti pengajian ijazah pertama hingga pasca siswazah.

“Di samping itu, kira-kira 300 pelajar daripada enrolmen di Uniten ketika ini mengikuti pengajian pascasiswazah dan bilangan berkenaan juga akan ditingkatkan kepada 30 peratus menjelang 2007.

“Salah satu usaha dibuat ialah menubuhkan Pusat Kejuruteraan Kuasa pada 1 Januari lalu, yang memberi tumpuan terhadap pengajian pascasiswazah dan penyelidikan,” katanya pada sidang akhbar di Bangi, semalam.

Bagaimanapun, Dr Zainul Abidin berkata, Uniten kini menetapkan jumlah enrolmen sekitar 7,000 pelajar saja bagi menumpukan penekanan terhadap aspek kualiti graduan yang bakal dilahirkan.

Enrolmen Uniten pada 1997 hanya 614 pelajar tetapi meningkat kepada 4,354 pada 1998, 4,396 (1999), 6,376 (2000), 6,353 (2001), 6,307 (2002), 6,720 (2003), 7,000 (2004) dan 7,306 (2005).

Bagi memfokus kualiti pelajar, katanya, Uniten kini hanya menawarkan pengajian peringkat ijazah, di samping program asas setahun untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata, ini bermakna universiti itu sudah menghentikan pengambilan program diploma sejak sesi kemasukan November lalu dengan kira-kira 600 pelajar sedang mengikuti pengajian sedia ada.

Sementara itu, Dr Zainul Abidin berkata, Uniten akan mengadakan Hari Terbuka di kampus induk Bangi, 12 Mac ini, mulai jam 9 pagi sehingga 5 petang.

“Program ini bertujuan memastikan ibu bapa dan bakal pelajar berpeluang melawat sekitar kampus untuk meninjau kemudahan disediakan, selain boleh berjumpa dengan pensyarah serta penuntut sedia ada,” katanya.


© New Straits Times (M) Berhad

************************************
Hurrmmm....hampeh..semakin naik lak kos pengajian...arituh sewa jer...ni sampai dah yuran pengajian..aper kes? pasal Dato'Che Khalib ler ni...kalo btul la dia punya sebab, mmg teruk laa...kalo under Dato' JJ dulu kan dah bagus....dah ler haritu bonus staff dpt lambat..dah jadi kes tripped arituh baru nak bagi...huh..teruk la skrang nih..mintak² YTN tak terlibat dlm kos penarikan subsidi nih...Wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Setanggi Syurga..

Salam... Huhu..sebenaqnya dah lama nak post lagu nih...tp dok tangguh sbb ada problem ngan internet connection..dah terlajak sampai mlm minggu nih, meh aku cerita sket la kot.. Td kami pi main futsal..lawan ngan geng indon (geng mustapa)..huhu dan dgn bangganya, kami kalah..kekalahan tu 50 % mesti sbb aku...sbb time aku jd goal keeper tu la byk yg masuk..btw, x kisah sgt la..sbb tujuan kami ialah bersukan dan mengeluaqkan peluh..menyahut seruan kerajaan ntuk bersukan...suasana perlawanan berlangsung dgn penuh harmoni tanpa insiden yg x dingini..huhuhu... Dan mcm biasa, dah masuk minggu kedua nih, dah ada dah assignment...plg berat setakat ni ialah SE...kena buat summary drpd 3 artikel...huehuheue....nak kena baca byk dan paham baru bleh wat...so sok akan bermula la kot...dan yg lelain tu semua nak kena baca sebelum start plak klas isnin ni.. Ok, berbalik ke tujuan asal posting ni....Setanggi Syurga...masa memula dengaq, ingatkan 100% lagu cintan cintun...tp bila dah tgk lirik dia dan m